Saturday, July 24, 2010

nasihat buat wanita


Assalamualaikum semua. Aku mulakan entry ni dengan gambar yang aku copy dari MX (thanks bro)..

Islam datang kepada kita sebagai agama penyelemat. Penyelamat kita untuk hidup di atas dunia yang sementara dan lebih-lebih lagi sebagai penyelamat manusia di akhirat kelak dari di azab oleh nerka Allah yang percayalah dan yakinlah takkan mampu kita menanggungnya..

Peraturan menutup aurat yang Allah tetapkan dalam surah an-Nur ayat 31 bukanlah bertujuan menyekat kebebasan berpakaian kaum hawa. Bahkan sebenarnya melindungi mereka dari mata-mata liar serigala bernama lelaki yang bila-bila masa boleh mengganas..

Dan niat menutup aurat itu bagus. Cuma perlulah mengikut tatacaranya yang sebenar. Macam kita menggoreng mi. Takkan sedap mi goreng kalau bahan yang digunakan sekadar mi basah dan minyak. Perlu kepada sambal, kicap, sos, sayur dan sebagainya. Barulah mi gireng tersebut enak di makan. tUTUPLAH AURAT DENGAN SESEMPURNA MUNGKIN..

Perkara ini perlu diperingatkan dari masa ke semasa kerana kewajipan menutup aurat adalah HAK ALLAH.. Allah Tuhan yang mencipa dan menjadikan sekalian alam termasuk kita manusia yang melata di bumi pinjmanan ini. Jika peraturan Raja atau Negara kita boleh patuhi takkanlah peraturan-NYA kita tak boleh ikuti.

Mulakanlah langkah masing-masing secara perlahan-lahan. Mungkin dapat dimulakan dengan tudung yang kecil-kecil dulu, tudung botol misalnya. Kemudian amiklah yang lebih besar, tudung saji misalnya. TETAPI TUTP AURAT TETAP KENA TUTUP.. Tiada kompromi kerana ia HAK ALLAH.

sekian, maaf andai ada yang terasa.. Peringatan yang terlebih utama adalah untuk diri yang menulis dan keluarga yang terdekat.

No comments:

Post a Comment