Friday, July 30, 2010

mahasiswa agen perubahan masa depan

Mahasiswa kalau dilihat dari sudut keilmuan, mereka ini merupakan golongan yang berada di atas hierarki tertinggi di kalangan intelektual ilmu. jika istilah mahasiswa itu sendiri, ia sebenarnya dapat diterangkan dengan makna yang tersendiri iaitu seorang yang mahir atau pakar dalam sesuatu bidang ilmu yang diceburinya. jadi sebagai seorang ilmuan, seharusnya ilmu itu diguna pakai di tempat yang sesuai dan tidak semata-mata untuk mengejar peluang pekerjaan. bersesuaian dengan pepatah arab yang berkata "Ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah". pepatah ini jelas menunjukkan betapa pentingnya pengamalan sesuatu ilmu yang telah dipelajari sama ada secara langsung atau tidak. ia tidak sepatutnya hanya dipendamkan dalam diri tanpa disebarkan kepada orang lain. ini kerana ilmu itu merupakan amanah kepada orang yang mempelajari serta menyimpannya dan andai kata ia tidak menyampaikan ilmu tersebut, ia dianggap sebagai tidak jujur kerana menyembunyikan ilmu itu.

No comments:

Post a Comment