rekod peribadiku

aizat bin azmi


inilah rekod peribadiku sepanjang aku hidup selama 23 tahun ini.......

  •  menunggang motosikal secara sendirian @ solo dari skudai ke alor star selama 12 jam dan berhenti rehat sebanyak 3 kali. terdapat bnyk halangan selama aku menunggang moto secara  sendirian ini  iaitu hujan lebat,  dan keletihan yg melampau lampau. tetapi dgn semangat waja yg tinggi beserta  kegembiraan untuk pulang ke rumah akhirnya aku sampai juga.
  • berjalan kaki dari kolej 10 ke kolej 17 tanpa henti. tp yg nie aku bersama teman baikku berjalan bersama sama. rekod ini juga merupakan salah satu dari rekod  kebanggaanku kerana jauh tu berjalan. klu sesiapa nak pecahkan rekod nie silakan...
  • menyemesh rakanku semasa bermain badminton tepat di kepala beliau. ini juga tergolong dlm rekod peribadi  sebab kepuasan menyemesh kepala adalah sesuatu yg sukar utk anda lupekan. kalau nak cuba anda perlu blaja menyemesh guna dinding dulu lps tu praktikal baru guna org sebenar...hehe
  • johan tarik tali semasa di bangku sekolah dulu...haaaa yg nie memg memerlukan kerjasama antara rakan sepasukan yg tinggi... terima kasih kpd rakan rakanku sekalian yg sama2 merempuh suka dan duka semasa di sekolah dulu...
  • bermain paintball dan ditembak dikepala sebanyak 3 kali berturut2... ini juga tergolong dlm rekod peribadiku sebab sakit yg aku rasa memang terbaek dan hanya aku yg tahu sakit nye... walaubagaimanapun, untuk berjaya dalam sesuatu sukan tu, biasanya kita perlu rasa dulu kekalahan kan sebelum  berjaya pada masa akan datang.. so aku dah rasa kekalahan & kesakitan... diharapkan lepas nie aku dah boleh adept permainan paintball nie.... So siapa yg nak ajak main paintball silakan.. jumpa di medan pertempuran...